PEKERJAAN NABI MUHAMMAD SEMASA DEWASA

Pada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 tahun , baginda pergi ke Syam ( Syiria-merupakan pasar bagi orang quraisy Mekah) Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib . Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga . Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga .

Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia . Baginda berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku . Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa Nabi Muhaammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .

PEKERJAAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA KECIL.

Semenjak kecil Nabi telah mengembala kambing . Baginda menolong Halimatus saadiah mengembala kambing . Ketika itu umur baginda baharu 4 tahun .
Baginda menolong dengan kemahuannya sendiri . Pada masa itu baginda tinggal di rumah
Halimatus saadiah , ibu susunya . Setelah balik ke Mekah , baginda tinggal dengan ibunya .
Baginda mengembala kambing juga. Pada masa baginda tinggal dengan Abu Talib , baginda masih mengembala kambing yang dipunyai Abu Talib .Mengembala kambing menjadi kerja biasa bagi orang Arab pada masa itu . Mengembala kambing adalah kerja yang mulia .



*hikmah:pendedahan awal nabi dengan sikap manusia yang lebih degil daripada kambing .

pencapaian UPSR terbaik

Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada

PEKERJAAN NABI MUHAMMAD SAW

        Sejak kecil lagi Nabi Muhammad saw memiliki akhlak yang mulia. Baginda bekerja sebagai penggembala kambing.Sikapnya suka menolong rakan-rakan  penggembalaannya  dan tidak perna meminta apa-apa balasan daripada mereka.Baginda juga seringkali berfikir mengapakah kaumnya berperangai buruk.adakah tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk.

       Ahlak Rasulullah Saw:-
       1.Ikhlas
       2.Sabar
       3.Rajin
       4.Amanah
       5.Bertanggungjawab

ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN

*Memberi salam

*Memberi peluang rakan bercakap

*Merendah diri

*Bercakap dengan lemah lembut

*Bermanis Muka

*Memandang rakan apabila bercakap

MENGENAL JENIS-JENIS HUKUM

1.WAJIB       :  Melakukan dapat pahala meninggalkan akan mendapat dosa
                        cth:solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.

2.HARAM    :  Melakukan berdosa dan meninggalkan mendapat pahala
                        cth:minum arak,mencuri dan derhaka kepada ibubapa.

3.SUNAT      :  Melakukan dapat pahala meninggalkan tidak berdosa
                        cth:bersedekah dan menyembelih qurban

4.MAKRUH :  Melakukan tidak berdosa dan meninggalkan mendapat pahala
                        cth: makan petai,makan sambil berjalan dan kencing berdiri.

5.HARUS     :  Tidak berdosa melakukan atau meninggalkan
                        cth:makan dan minum,tidur dan ketawa

DOA SUPAYA DIAMPUNKAN DOSA-DOSA

 
DOA 1
رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"
(A-li 'Imran : 16)
DOA 2
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ، رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Maksudnya :

Doa Penerang Hati

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)

 

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

*Orang Islam wajib beriman dengan kitab yang diturunkan oleh Allah Taala.

*Nama-nama kitab dan Rasul yang menerimanya:-

  1.Kitab Al-Quran =Nabi Muhammad Saw

  2.Kitab Taurat      =Nabi Musa

  3.Kitab Injil         =Nabi Isa

  4.Kitab Zabur      =Nabi Daud

PENGERTIAN IDGHAAM

Idghaam secara bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu, adapun menurut istilah yang di maksud
dengan Idghaam adalah mengucapkan dua huruf menjadi satu huruf, sedangkan huruf yang kedua menjadi
bertasydid ( ّ ) .